ROMANTIKNYA RASULULLAH S.A.W.
Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami
yang
mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya.
disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul
dihadapanbaginda lalu bertanya "siapakah diantara mereka
(isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya
tersenyum lalu berkata,
"Saya akan beritahu kamu kemudian."
Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap
seorang
daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya
tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu
hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama.
Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya".
Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri
mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.
Tidak
ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat
suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud:
"Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka".
Rasulullah
SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah.
Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan
mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir
(mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.
Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita
tauladani
dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang
budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap
masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.
Pada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.
"Ya
Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah
SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah
wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah
orang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal 'Alamin
Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi
kebaikan, Insya Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan