Inilah antara cinta yang paling masyhur termaktub di dalam Al-Quran.
Semasa kecil Nabi Yusuf a.s telah dilemparkan ke dalam sumur tua yang
ada di tengah padang pasir oleh saudara2 kandungnya yang mencemburuinya
kerana kasih bapa mereka, Nabi Ya’qub kepada Nabi Yusuf a.s yang
melebihi mereka. Nabi Yusuf a.s diketemukan dgn musafir lalu Nabi Yusuf
a.s dibawa ke Mesir lalu dilelong. Lalu perdana menteri Mesir membelinya
dan memelihara Nabi Yusuf a.s seperti anak kandungnya sendiri. Nabi
Yusuf a.s membesar menjadi pemuda yang sangat tampan dan berkeperibadian
yang sangat menawan.
Isteri Perdana Mesir adalah wanita yang cantik menawan rupawan,
umurnya masih muda untuk berdamping dgn seorang perdana menteri. Namanya
Zulaikhah.. Zulaikhah melihat Nabi Yusuf a.s membesar. Bila Nabi Yusuf
a.s telah membesar menjadi seorang lelaki Zulaikhah terpesona dgn
ketampanan Nabi Yusuf a.s. Zulaikhah cuba menggoda Nabi Yusuf a.s dagn
berbagai2 cara. Namun tidak berhasil. Hinggalah satu masa, Zulaikhah
memanggil Nabi Yusuf a.s ke kamarnya dan Zulaikhah mengunci bilik
tersebut. Dia cuba menggoda Nabi Yusuf a.s sekali lagi. Namun orang yang
telah terpilih sebagai rasul Allah ini sangat mapan imannya.. Allah
telah menjaga hatinya dari gelojak nafsu kebanyakan lelaki iaitu wanita.
Nabi Yusuf a.s cuba melarikan diri, tetapi begitu kuat juga Zulaikhah
mengejarnya.. Lalu tertariklah Zulaikhah akan baju yang dipakai Nabi
Yusuf a.s sehingga terkoyak. Koyakan itu berlaku pada belakang badan
Nabi Yusuf a.s.
Bila pintu terbuka terkejutlah kedua2nya kerana si perdana menteri
telah sedia berdiri di depan pintu. Zulaikhah menuduh Nabi Yusuf cuba
menodainya. Nabi Yusuf a.s mempertahankan kebenarannya yang Zulaikhah
cuba menggodanya. Then,adalah sorang dari kaum kerabat mereka member
cadangan. Jika koyakan baju Nabi Yusuf a.s adalah di bahagian depan,
yakni dadanya maka Nabi Yusuf a.s yang bersalah, jika koyakan itu di
belakang maka Zulaikhah la yang bersalah. Jelaslah siapa yang bersalah.
Tapi, oleh sebab perdana menteri itu mahu menutup malu isterinya dia
meminta Nabi Yusuf tidak menceritakan hal ini kepada sesiapa. Tapi,
dinding itu mampu mendengar inikan pula manusia. Kisah ini tersebar
keseluruh pelusuk Mesir. Ramai yang mencemuh Zulaikhah.
Untuk membela dirinya, Zulaikhah mengadakan majlis dgn memanggil
seluruh kaum wanita di Mesir. Mereka diberi makanan yang lazat2. Di
penghujung majlis Zulaikhah menghidangkan pada mereka lagi jamuan lalu
disertakan dgn pisau. Semasa mereka memotong jamuan itu Zulaikhah
meminta Nabi Yusuf a.s untuk keluar menampakkan diri kepada mereka.
Pabila Nabi Yusuf a.s keluar, amatlah terpesona kesemua wanita2 yang
hadir di majlis itu sehingga mereka melukai jari tangan mereka dgn pisau
tanpa sedar. Tengoklah.. Ini baru pertama kali mereka melihat Nabi
Yusuf a.s sahkan Zulaikhah yang telah lama memandang Nabi Yusuf a.s.
Para pegawai kerajaan Mesir akhirnya memasukkan Nabi Yusuf a.s ke
dalam penjara tanpa batas batu yang ditetapkan. Langkah ini bertujuan
untuk menutup skandal isteri perdana menteri. Selama bertahun2 Nabi
Yusuf a.s tinggal di dalam penjara sehinggalah Nabi Yusuf a.s berjaya
menafsir mimpi raja Mesir. Raja Mesir memanggil Nabi Yusuf a.s untuk
keluar dari penjara namun ditolak Nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf a.s meminta
raja Mesir membesrsihkan namanya terlebih dahulu. Raja Mesir
menurutinya. N, semuanya berjalan lancar.. Nama Nabi Yusuf a.s telah
bersih dan diangkat menjadi bendaharawan Negara.
Seiring dgn perkembangan zaman, usia Zulaikhah pun dimakan zaman, kini
dia menjadi wanita tua dan papa, matanya rabun dan pendengarannta tidak
tajam.
Tapi cintanya pada Nabi Yusuf a.s tidak pernah padam. Zulaikhah pada
awalnya adalah seorang penyembah berhala tatkala dia cuba menggoda Nabi
Yusuf a.s. Selepas kejadian itu, dia menghancurkan seluruh berhala2nya.
Dia berpindah hati, di atujukan cintanya pada Allah Azza Wa Jalla..
Allah sentiasa mendengar rintihan hati Zulaikhah.
Zulaikhah berdoa:”Wahai Allahku, kini tiada lagi harta, kedudukan dan
kecantikan yang kumiliki. Diriku hidup sebatang kara, tua, hina, dina
dan papa. Engkau uji diriku dgn cinta kepada Yusuf a.s. Maka sambungkan
cintaku kepada Yusuf a.s. Jikalau Engkau tidak berkenan mewadahi cintaku
dgn Yusuf a.s. Maka ambillah cintaku di hati Yusuf a.s, agar aku
muarakan segenap cintaku hanya kepada Engkau semata.”
Para malaikat terharu dan bersimpati dgn Zulaikhah, dan kemudian
mereka memohon kepada Allah untuk membantu Zulaikhah. Lalu Allah
berkata,”Wahai para malaikat, telah tiba saatnya menolong dirinya.”
Tatkala Nabi Yusuf a.s melalui tempat Zulaikhah tinggal, Zulaikhah
memanggilnya. Nabi Yusuf a.s bertanyakan Zulaikhah kemana perginya harta
kekayaanmu? Kecantikanmu? Zulaikhah menjawab,”Semuanya terkubur oleh
cintaku kepadamu wahai Yusuf a.s. ”
Lalu Nabi Yusuf a.s bertanya lagi,”Apa yang kau inginkan saat ini
Zulaikhah?” Zulaikhah menjawab,”Aku inginkan 3 hal. Kecantikan, harta
dan jalinan pernikahan.”
Nabi Yusuf a.s sangat terkejut mendengar permintaan itu lalu bergegas pergi dari situ.
Saat itu, Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Yusuf a.s melalui
malaikat Jibril. Wahyu tersebut mengatakan yang Allah telah melamar
Zulaikhah untuk Nabi Yusuf a.s. Para malaikat menjadi saksi pertunangan
mereka. Nabi Yusuf a.s bertanya kepada malaikat Jibril,”Wahai Jibril,
bukankah Zulaikhah sekarang ini tidak cantik lagi? Dia sudah tidak
berharta dan tidak muda lagi?” Lalu berkatalah malaikat Jibril,”Allah
berkuasa atas apa yang Dia kehendaki.”
Allah kemudian menganugerahkan kepada Zulaikhah kecantikan dan
kejelitaan. Dia tampak muda, seperti gadis berusia 17 tahun, bahkan
lebih menawan dari Zulaikhah yang pernah cuba menggoda Nabi Yusuf a.s.
Selepas pernikahan mereka, Nabi Yusuf a.s benar2 tidak berdaya
menahan dirinya. Tiap kali melihat wajah Zulaikhah, Nabi Yusuf a.s akan
tergoda dan meminta untuk menghabiskan masanya bersama Zulaikhah. Nabi
Yusuf a.s tidak tahan menunggu lama isterinya khusyuk menunaikan solat.
Nabi Yusuf a.s benar mengemis dan merayu cinta Zulaikhah. Nabi Yusuf a.s
memohon Zulaikhah untuk menunaikan permintaannya, namun Zulaikhah
menolak. Dia berdiri meninggalkan suaminya untuk melanjutkan solat.
Cintanya hanya untuk Allah. Nabi Yusuf a.s mengejar isterinya dan cuba
menangkap tubuhnya sehingga baju Zulaikhah terkoyak.
Melihat kejadian itu malaikat Jibril turun dari langit dan mendatangi
Nabi Yusuf a.s dan berkata: Wahai yusuf baju dgn baju. Kepedihan
Zulaikhah terbalas dgn kepedihanmu! Maha suci Allah. Tuhan Pengubah
situasi. Baju dgn baju.